Tahniah kerana telah selesai membuat pembayaran
Sila ikuti langkah berikut untuk mengisi maklumat peserta
- Jangan klik “Request edit access”
- Sila klik “File” > “Make a copy”
- Rename file dengan NO RESIT yang betul (rujuk emel dari sistem onpay)
4. Isikan maklumat setiap peserta dengan betul
-
- Boleh isikan maklumat peserta ikut format berikut:-
- Full name – isi dengan HURUF BESAR sahaja
- IC number – isi tanpa dash / sengkang
- Gender* – pilih sama ada Male (lelaki) atau Female (perempuan)
- Race* – pilih sama ada Malay / Chinese / Indian / Others
- Package* – pilih salah satu daripada semua pakej yang ada
- Category* – pilih sama ada Student / Teacher / Adult / Senior Citizen
- Tshirt Size** – pilih antara saiz 3XS hingga 3XL
- School name** – isi dengan HURUF BESAR sahaja
- Name Engraving on Medal**- isi dengan HURUF BESAR, maksimum 8 character & 1 nama saja
- Jika ada cell berwarna merah, sila betulkan error terlebih dahulu.
- Boleh isikan maklumat peserta ikut format berikut:-
* Klik arrow dropdown dan pilih 1 sahaja
** Biarkan kosong jika tidak berkaitan
5. Setelah selesai, sila klik “File” > “Download” > Pilih “Microsoft Excel (.xlsx)”
KLIK SINI untuk “Make A Copy” tapak Namelist IENVR2021
saya dari smk sungai merah ,sibu. saya sudah siap isi maklmat di atas.
tahniah!
Apa la penganjur buat banyak sgt step. Tp x memudahkan peserta. Skrg saya dh bayar. Tp x boleh isi maklumat.
Larian ECO NATURE RUN di buat secara bersemuka atau virtual
virtual sahaja
SAYA DAH ISI SEMUA MAKLUMAT YANG DIMINTA,TERIMA KASIH OIHAK PENGANJUR.
SAMA SAMA DARI OIHAK PENGANJUR
OK
Selepas klik tidak boleh “ make a copy “
refresh dan cuba sekali lagi
pastikan anda sudah login account google terlebih dahulu
Nak isi di mana
klik pada link yang disediakan.. ikut langkah2 yang diberi..
boleh tonton video untuk lebih faham
di iphone dan ipad dah klik tapi google sheet tak ada menu bar. tak jumpa file. macamans nak buat?
seeloknya boleh cuba isi di komputer / laptop
Apa beza adult dan senior citizen ya admin?
adult = dewasa
senior citizen = warga emas
MAAF X BOLEH NAK EDIT
perlu sign in google account terlebih dahulu
kemudian klik make a copy
DAH ISI, DIA AUTOMATIK SAVE KE ADMIN KE? SAVE UTK DIRI SENDIRI BLH LA. NK MAKESURE DETAILS DAH SAMPAI KE ADMIN
selepas selesai isi semua butiran yang ada di step 2
boleh hantar maklumat peserta di google form yang disediakan seperti dalam step 3
semoga berjaya
untuk excel yang sudah download, tahun kelahiran 2000, 2001,2002,2003… bahagian ic bermula dengan 00,01,02,03 tidak dapat dinyatakan pada awal num 0.. cam ne ek kalau gitu?
tidak mengapa.. nanti team kami akan adjust untuk bahagian ic tersebut..
boleh upload file dan submit seperti dalam step 3
Hello Admin, my IC number is 020418 and the MS Excel removed the 0 and then my IC number became 20418. How to solve this problem because I just submitted the file on google form already. Hope that my IC number on the e-certificate can be adjusted and please don’t make any mistake on the e-certificate when I receive it later. Please reply my comment as soon as possible because I was worry about it.
Saya dari SK Perempuan, Padang Rengas dan telah melengkapkan senarai nama dan download format csv. link google form akan diberi bila ye?
maaf, link sudah diperolehi. sudah submit senarai nama
Saya sudah masukkan details. Adakah pihak tuan sudah terima?
nnt team kami akan semak
Saya susah buat byaran.utk step ke 2 mmg x boleh guna phone ke.
perlu guna komputer untuk mudah menaip
DONE ALHAMDULILLAH
tahniah! 👍🏻
Hi, sorry mcam mana kalau terlupa isi ID Number? perlu ke isi semula?
nnt team kami akan hubungi jika ada sebarang masalah
Macam mana kalau sudah buat pembayaran. Selepas itu,macam mana nak pergi ke step 2
aduhaii xleh edit pon..x jumpa button file pon
boleh saya dapatkan link google form.
maaf baru perasan step 3
Admin saya Tak boleh buat listname dlm step 2?
Susah sangat nak buat. Komplikated sungguh. Kan boleh guna Google form seketul je, letak semua dropdown options kat situ, isi kat situ. Ini nak kena isi do form, download/save, lepas tu upload. Apa balaa
Macam mana nak klik “right klik” dengan smartphone
sila edit guna laptop komputer
nak tanya masa saya isi google sheet tu no depan ic ada 0, bila saya download file dia jadi tak ada. Saya edit balik tetap sama.
tiada masalah, pihak kami maklum mengenai isu ini
tidak perlu risau.. yang penting sudah dihantar file tersebut
bagaimana saya nak dapatkan google sheet ni? nak semak di mana?
skrol ke bawah hingga anda jumpa link yang disediakan
Salam. Kalau kita buat tempahan secara berasingan (contoh anak ada satu resit, bapa ada resit lain). Bagaimana nak buat di Step 2 tu.. sebab perlu guna satu nombor resit je..
boleh sekalikan maklumat keduanya dalam 1 file yang sama
cuma tambah column hujung menyatakan no resit yang berbeza
sebarang permasalahan, boleh emelkn kepada kami di admin@krsmusleh.com
Dalam video suruh download csv,
dekat gambar suruh download xlsx..
Yang mana satu betul ni tuan?
video first edition, setelah ada beberapa masalah, kami tukar syorkan download xlsx
maaf atas segala kesulitan
sangat tidak user friendly dan sangat leceh
kami mohon maaf atas segala kesulitan
sila kemukakan cadangan penambahbaikan kepada kami di emel admin@krsmusleh.com
Hi, saya dah buat step 2. Saya perlu tunggu email utk buat step 3 ka?
Saya tak boleh nak fill in borang…payment dah selesai..step 2 sy tersangkut…tak tahu kenapa tak boleh fill in…pls help. Google sheet dah install.
Its easier klu isi kat google form je utk pendaftaran, segala maklumat boleh di isi termasuklah bukti pembayaran. Why should ade byk2 step mcm ni ? Honestly sangat2 menyusahkn.
Macam mana nak tau kita da isi ker belum? saya da isi..
SIZE BAJU UTK ANAK YG MANA YE?
SY TELAH SELESAI ISI DAN DOWNLOAD…KIRANYA SELESAI LA YA..ATAU ADA STEP LAIN LG?BAGAIMANA NAK TAHU PIHAK TUAN TERIMA ATAU TIDAK?
saya dah buat payment, tp bermasalah dlm excel, blh sy isi kemudian?
Saya dh buat pembayaran.. Tp sukar nk isi detail maklumat anak melalui link ni.. Ada cara lain ke? Arini dh 30hb..
Amni Damia Amani.. done isi.. boleh chck dah ok ke x
VR21-31650
ok done check
terima kasih
Assalam, saya tak jumpa google sheet.
Kalau buat google form lagi ok kot
Kindly confrim sama ada AMRI MIZAN BIN MASDIAMIN berjaya atau tidak status pendaftarannya?
ya, pendaftaran sudah diterima dan dikemaskini
terima kasih
Susahnya nak register 🙁 Sepanjang menyertai acara larian atau virtual run, event ini yang paling susah cara pendaftaran. Mungkin penganjur boleh gunakan Google/Microsoft Forms di masa hadapan (instead of peserta kena download document –> edit document –> upload document pakai komputer). Mujur saya ada laptop, kalau tidak, memang tak boleh nak register.
kami mohon maaf atas segala kesulitan yang dialami
terima kasih atas komen / cadangan yang diberikan
pihak kami akan membincangkan tentang hal ini dengan lebih lanjut
BETUL
mana nak dapatkan link google form
link google form ada pada step 3 nanti
dalam step 2, hanya perlu isi google sheet dan save as MS excel sahaja
google sheet pun i x ada
Mcm mana nak isi google sheets ni ? Saya gunaa phone takde computer/laptop
kami sudah reply emel bantu mudahkan uruskan ini.
tahniah kerana dah selesaikan
selesai pendaftaran & isi maklumat.
saya sudah hantar maklumat yang diminta. sudah dapat ka?
saya dari SMK SENAI, saya sudah buat maklumat!!
Maaf .. Saya dah cuba tak dapat. Guna hp susah sikit. Takde ke cara paling senang untuk submit permohonan.
Saya pun dah cuba dri dulu lagi..tapi stil x dapat daftar
Saya dah daftar semua ,,tali kenapa mintak balik saiz baju semua,,,
Saya dah daftar semua ,,tapi kenapa mintak balik saiz baju semua,,,
kenapa saya tak boleh make a a copy…. bila pergi dekat file, button yg boleh pilih hanya download
Kenapa la susah sangat prosedur. Macam mana nak galakkan org support kalau lebih pada menyusahkan? Banyak step, banyak benda nak kena isi. Sepatutnya once kita dah registred dan bayar kita cuma tunggu date untuk larian dan submit proof sahaja. First and last for this
Saya dah daftar 30/4/21, dah hantar file list nama peserta sekolah sy, dah complete sampai step 4..
Nama peserta pn dah ada dlm list bila check guna ‘search your school name here’..(10/5/21)
Then, semalam (1/6/21) terima email ‘FILE PESERTA MISSING’.. disuruh buat balik step 2..
Haduii.. come on la.. 🧐
Then, semalam (31/5/21) terima email ‘FILE PESERTA MISSING’.. disuruh buat balik step 2..
Kenapa kena submit balik file peserta melalui e-mail. Hari tu dah penat-penat saya isi kat Google Sheets, download pulak as Excel, submit pulak Excel tu kat Goolge Forms. Last-last kena cari balik Excel file saya tu untuk hantar kat e-mail. Tak pernah lagi sebegini susah nak daftar masuk acara larian. Ini pun kebetulan saya check e-mail, kalau tidak, memang saya tak perasan ada email “File Peserta Missing”. Kesian la kat kami ni 🙁
Macam tak ada respon aje dr penganjur dengan komen2 di atas. harap penganjur dapat mengurus dengan lebih baik. apa berlaku sekarang seolah2 kesalahan dalam pendaftaran diletakkan pd peserta yg mendaftar. sedangkan kami telah mengikut step yg diberi. kelemahan penganjur mendapatkan masalah pd peserta yg daftar. harap dapat diurus dengan baik jangan sampai duit lebuh apa2 pun kami tak dapat ya. sila ambil berat dengan komen dan masalah peserta yg daftar. terima kasih
baru buka email kena buat bg senarai maklumat peserta sekali lagi. saya dah email butiran dan exell secara email. sebab sy dah buat setiap step. tak tahu apa salah sampai kena buat semula . kalau lepas hantar exell dan terus ada pemberitahuan pendaftaran secara automatik ke email menyatakan pendaftaran excell berjaya adalah lebih baik
harap dpt semak email saya. vr2132151
Saya tak faham mana google sheet nya? Tahun lepas pendaftaran senang jer. Tahun ni complicated plak.
Salam, Google sheet tidak berjaya dikesan. Sila respond. VR21-31054
Memang menyusahkan cara pengurusan /pendaftaran yg tidak cekap. Dah hantar senarai nama bulan April, hari ni baru tahu file missing dan mesti hantar semula 2 Jun. Saya baru buka e-mel hari ni. Mcm mana tu?
Sy terlepas pandang email dr admin. Dh terlepas tarikh akhir hantar detail nama anak2 dan size tshirt mereka. Harap dapat terima penyertaan anak2 saya. Byr dah.. kalau x dapat rugi lah. Tempoh masa daftar dan lengkapkan detail ni lama sgt. Kenapa x lps byrn dah confirm boleh terus proceed dengan detail info peserta. Bila lama sgt kita pn lupa dah. Keseluruhan proses sangat lama, sampai mengambil masa lebih kurang 6-7 bulan. Harap dapat tambah baik untuk penganjuran akan datang.
Saya terlepas pandang email dr admin. Boleh hantar lagi ke nama anak-anak. Saya ingat haritu dah selesai daftar rupanya ada lagi. Sebelum ni saya daftar anak-anak saya takda masalah pendaftaran pun.