IENVR2021 pricelist updated
*Subject to any changes

Click on the image above to read the full version of this letter from Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Apa maksud Virtual Run?

Larian boleh dibuat di tempat masing-masing mengikut masa anda sendiri.

Anda cuma perlu lari dan rekodkan menggunakan mana-mana running apps. Kemudian hantarkan bukti larian kepada urusetia untuk penilaian.

 


 

Berapa kilometer jarak larian?

Boleh pilih antara 2 kategori:-

  1. 5 km 
  2. 10 km

 


 

Boleh saya lari guna treadmill?

Boleh, yang penting ada rekod dan melepasi jarak kilometer yang ditetapkan.

 


 

Siapa yang boleh join larian ni?

Semua boleh join larian.

Bermula murid darjah 1. 

Hinggalah ke warga emas. 

Yang penting lari dengan cermat di kawasan yang selamat.

 


 

Bila tempoh tarikh boleh mula lari?

Larian hanya boleh bermula pada 1 hingga 30 September 2021.

 


 

Mesti guna fitness watch ke?

Jika ada fitness watch seperti Garmin, Coros, Fitbit, Suunto, dsb, amatlah bagus. 

Tapi jika tiada, boleh juga guna smartphone sahaja.

Turn on GPS di smartphone anda.

Gunakan apps yang betul. 

Kemudian dah boleh mula larian.

 


 

Nak rekod larian guna apps apa?

Boleh guna mana-mana apps running yang anda tahu guna. 

TETAPI… kami syorkan guna salah satu daripada 4 apps ini sahaja untuk mudah proses semakan kelak:-

 

(1) MAP RUNNER (LEAP FITNESS)


(2) FITBIT

 

(3) STRAVA

 

(4) GARMIN

 


 

Perlu lari 5km / 10km sekaligus ke? 

Ya, seeloknya lari 5km / 10km sekaligus supaya mudah proses menghantar bukti larian (1 gambar sahaja) kepada kami.

TETAPI…

Jika anda ada halangan / masalah tersendiri, boleh juga lari sedikit demi sedikit hingga capai jumlah kumulatif 5km / 10km.

Cuma nanti anda perlu EDIT gambar untuk collage / combine semua skrinshot larian tadi supaya menjadi 1 gambar sahaja, baru boleh isi dalam form hantar bukti larian

 

 


 

Kalau saya tak sempat nak habiskan larian, baju dan medal masih boleh dapat ke?

Kami sediakan tempoh 1 bulan untuk melengkapkan larian. Boleh cuba set 1-2 hari untuk habiskan larian.

Jika anda masih tak mampu untuk siapkan larian, jangan takut jangan risau, barangan yang anda tempah masih akan diposkan juga.

Cumanya anda tidak layak untuk mendapat e-sijil sahaja. 

 


 

Saya daftar bersama anak-anak untuk larian ini, boleh ke kami lari bersama2 sekaligus tapi rekod guna 1 smartphone sahaja?

Boleh tiada masalah. 

Cuma anda perlu submit result bukti larian satu per satu bagi semua peserta yang ada dengan menggunakan screenshot yang sama. 

 


 

Nak hantar bukti larian di mana?

Boleh hantar di link berikut >> HANTAR BUKTI LARIAN

 


 

Bila saya boleh submit bukti larian?

Anda boleh mula isi form bermula 1 September hingga 15 Oktober 2021 sahaja. 

 


 

Bila saya boleh dapat e-certificate larian ini?

Anda boleh download e-sijil anda dalam masa 3-5 hari selepas anda isi borang submit bukti larian. 

Harap bersabar dan beri kami sedikit masa untuk proses setiap penyertaan. 

 


 

Saya nak beli baju sahaja, boleh dapat e-sijil juga?

Harap maaf, tidak boleh. 

Jika anda nak dapatkan e-sijil, sila pilih salah satu antara set A/B/C/D/E/F/G/H

 


 

Bila saya akan dapat barangan yang telah ditempah?

Penghantaran barangan akan dibuat bermula pada 15 hingga 31 Ogos 2021

 


 

Saya dah buat pembelian dan dah hantar maklumat peserta, tapi ada info nak tukar macam mana?

Sebarang pertukaran maklumat adalah tidak dibenarkan sama sekali. 

Sila semak dan pastikan info yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum submit.

 


 

PELBAGAI HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI
HADIAH WANG TUNAI UNTUK PENYERTAAN MURID PALING RAMAI